Kunjungan dari PERKIM KL dan PERKIM KUIS

Kami berbesar hati menerima kunjungan istimewa dari PERKIM Pusat Kuala Lumpur yang diwakili oleh Pn Suariza Muhammad atau lebih mesra dipanggil Kak Su. Kunjungan mereka disertai bersama oleh rombongan PERKIM KUIS yang diketuai oleh Sdr Amir Syazwan sebagai YDP.

Majlis dimulai dengan ucapan YDP PERKIM USM, Sdr Nooraiman, kemudian perkongsian aktiviti dari PERKIM KUIS yang disampaikan oleh Sdr Amir Syazwan. Seterusnya Pn Suariza menyampaikan hasrat dan harapan beliau yang tinggi terhadap gerka kerja kelab-kelab PERKIM Universiti. Ust Khalid pula memberi perkongsian mengenai kepentingan dakwah kepada masyarkat di Malaysia.

Sedikit jamuan kami sediakan kepada tetamu semasa majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat PPIK.

Semoga dengan perkongsian sebegini, dapatlah kita mantapkan pergerakan dakwah kerana ukhuwwah itu adalah tali yang menguatkan perjalanan.

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Ziarah Kasih PERKIM

Adik Israq yang menderita penyakit jantung

Kisah yang amat menarik minat ana serta sahabat-sahabat sewaktu berkunjung ke kediaman adik yang bernama Israq berumur setahun lebih.kehidupan adik ini amat menyentuh hati nurani kami pabila hari-hari yang dilaluinya hanya bergantung kepada ubat dan setiap bulan harus ke hospital untuk menjalani pemeriksaan berhubung penyakit yang dihadapinya iaitu penyakit jantung.kesayuan yang terpamer di wajahnya bertukar kepada wajah yang senang menyambut kedatangan kami warga Sekretariat Sahabat Perkim USM bersama beberapa ahli rombongan yang lain datang ke rumahnya.
Penyakit yang di hadapi oleh adik ini menjadikan pertumbuhan pembesarannya mengalami sedikit masalah dan memberi kesulitan kepada ibunya dalam menguruskan kehidupan yang di lalui.Sewaktu ingin menginjakkan kaki keluar dari kediaman adik ini hati ana mula terdetik bahawa sekiranya penyakit ini di timpakan kepada kita, bagaimana cara untuk kita menghadapinya dan untuk tenteramkan hati kita di kala ini.
Dan satu hal yang amat menarik minat ana ialah apabila adik ini menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ana sehingga membuatkan hati ini sayu serta sebak kerana disebalik kesakitan yang di tanggung.,adik ini masih memiliki sifat tabah dalam menghadapi penyakitnya walaupun ada ketikanya tidak dapat menanggung kesakitan yang di alami.
Lincahnya dia walau derita menghiasi hidup
Seorang kanak-kanak yang sangat menyenangi orang yang berada di sekelilinya membuatkan kami ingin lebih mendekati perwatakan adik yang disapa AIN ini.Senyuman yang senantiasa terukir di bibirnya membuatkan hati kami lapang apabila melihatnya.Namun kesengsaraan yang di tanggung oleh adik ini tidak dapat kita bayangkan apabila kami ssperkim di beritahu tentang penyakit yang di hadapi oleh adik ini.Adik Ain tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain yang seusia dengannya disebabkan penyakit saraf yang ditanggung mengakibatkan adik ini lemah untuk bergerak.

Adik ini tidak dapat berdiri walhal duduk sekalipun kerana lemah di bahagian pinngang untuk menampung badannya sendiri.Selain itu adik Ain mengidap penyakit sawan dan mula dikejarkan ke hospital seawal umur setahun lagi.keadaan ini memberi sedikit kesukaran kepada ibunya dalam proses ulang alik ke hospital bagi menjalani terapi yang perlu di lakukan sebanyak 2 kali sebulan.Dan berhubung kesukaran ini adik Ain amat memerlukan sebuah kerusi roda bagi memudahkan ibunya untuk membawanya ke Hospital kerana perjalanan yang dilalui hanyalah bergantung kepada bas sebagai pengangkutan utama.

Adik Ain yang mengidap penyakit saraf

Kebahagiaan dalam kesusahan duniawi
Menjengah kehidupan 2 keluarga di tengah pembangunan yang amat pesat, terselitnya teratak sepi milik keluarga ini yang hidup serba kekurangan dalam pelbagai aspek. Teratak yang didiami ini menyimpan seribu satu rasa suka dan duka yang di tempuh oleh mereka sekeluarga. Tidak mengenal erti kemewahan, keluarga ini hidup dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan hari demi hari sehinggakan perkataan rungutan sudah tidak mampu di ungkapkan. Kehidupan lima beranak ini membuka mata kami akan kedhaifan yang di lalui. Ada pepatah yang mengatakan bahawa sekiranya kita merasa jerih yang amat hebat,ketahuilah ada lagi insan yang susah dari kita malah lebih banyak lagi dugaan yang perlu di lalui oleh mereka. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang di kerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa(“ya Tuhan kami,janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami,janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana yang engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”)surah Ali-imran:286. Setiap ujian yang Allah kurniakan untuk kita mengundang kenikmatan yang tidak kita ketahui akan manisnya nikmat itu.Allah s.w.t tidak akan memberikan dugaan kepada hambanya melebihi daya kudrat yang dapat di tanggung oleh mereka. Itulah yang dapat kami selami daripada keluarga ini dan 1 daripada mereka mengalami masalah gangguan emosi dan seorang lagi OKU. Rumah yang didiami oleh mereka boleh dikatakan 3 per 4 daripada rumah itu memerlukan pengubahsuaian. Namun daripada pemerhatian yang ana lakukan, mereka hidup dalam suasana yang harmoni, saling bantu-membantu walaupun kesusahan yang di tanggung maha hebat.
Teratak yang di huni oleh dua keluarga ini amat menyayat hati..menunggu hari untuk menyembah bumi…bahagian atas dihuni satu keluarga dan bahagian bawah dihuni satu keluarga.
Kesimpulan yang dapat ana coretkan disini adalah apabila kita berada diwaktu gembira,kita perlu bersyukur kepada Allah dan berjaga-jaga supaya tidak terleka.Setiap nikmat yang kita kecapi perlu disyukuri dan digunakan di jalan yang di redhai-Nya.Allah menyatakan dalam surah Ibrahim ayat 7:”dan apabila tuhan kamu memberitahu,apabila kamu bersyukur nescaya aku tambahkan nikmat untuk kamu, dan apabila kamu kufur,sesungguhnya azab-ku amatlah dahsyat.”
Apabila kita dilanda derita pula,harus bersabar kepada Allah dan yakin selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.
Ingatlah firman Allah dalam surah Al-insyirah ayat 5:
 ”Sesungguhnya bersama kesukaran terdapat kemudahan”.
Selain itu Rasulullah menyatakan syukur dan sabar itu adalah sifat orang yang beriman yang membawa kepada kebaikan,
“Sungguh menabjubkan urusan orang mukmin.sesungguhnya urusannya adalah kebaikan dan hal ini tidak terkecuali bagi orang mukmin.apabila dia mendapat kegembiraan maka dia bersyukur dan adalah kebaikan baginya dan apabila mendapat kesusahan,dia bersabar dan itulah kebaikannya.”(Muslim)
Berkata Syeikh Salim bin Eid Al-Hilali,
Orang mukmin yang sempurna keimanan dan tulus keyakinannya sentiasa bersyukur kepada Allah pada saat merasakan kesenangan dan bersabar atas kesusahan yang menimpanya.dia sentiasa berada dalam keadaan redha.oleh itu,penderitaan yang di alaminya berubah menjadi nikmat dan ujian menjadi anugerah, kerana didalamnya mengandungi banyak pahala dan kesudahan yang baik.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga yang tertera di atas bolehlah hubungi nom.telefon 013-3262774.
“Wahai orang-orang yang beriman,!infakkanlah sebahagian rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datangnya hari ketika tidak ada lagi hari jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat…orang-orang kafir itulah orang yang zalim.”(al-baqarah:254)
 
Sahabat perkim usm serta ahli rombongan yang mengikuti ziarah ini semoga allah s.w.t memberkati kita semua….Sama-samalah kita ringankan beban yang ditanggung oleh mereka..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekian….wassalam.

Suhaila Mahamad.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Seminar Pengukuhan Akidah 28 Mac 2012

Alhamdulillah, satu seminar dengan matlamat membangkitkan keprihatinan masyarakat setempat khususnya di kawasan Kepala Batas berhubung isu-isu akidah dapat diadakan pada 28 Mac 2012 di Dewan Budi Penyayang. Seminar ini dirasmikan oleh YB Tun Abdullah. Antara yang memberi input dan syarahan dalam Seminar ini ialah Dato Hasbullah dari Perkim Pusat dan Dr Mohd Nizam Sahad dari USM. Sekalung tahniah kepada Perkim Cawangan Kepala Batas dan jutaan terima kasih kepada Sekretariat Sahabat Perkim USM yang menjadi AJK Pelaksana semasa hari Program.

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Ziarah Kasih

Pada jumaat yang lalu para MT dan Ahli Sekretariat Sahabat Perkim USM telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga daif di kawasan gelugor. Hati kami sebak mengenangkan ada segelintir insan yang kurang upaya. nama diberi ialah puan zainap binti sharif, beliau merupakan salah seorang dari kalangan orang kurang upaya yang mempunyai pendapatan dibawah 1000, beliau mempunyai 3 orang anak. Anak yang pertama ialah Norsiah yang kini bekerja untuk menyara keluarga dan kos rawatan pembiayaan ibunya. Sedih apabila mengenangkan beliau yang kini terpaksa dipotong kaki kanan nya disebabkan penyakit kencing manis yang kronik dan juga mempnyai masalah rabun yang sangat kritikal.

Sedihnya, mereka sebelum ini tidak pernah menerima sebarag bentuk bantuan dari mana-mana agensi. mereka memerlukan bantuan bulanan termasuk kos rawatan dan peribadi termasuk lampin pakai buang..keadaan daif yang ditangung oleh keluarga ini, mengeerakkan hati kami dan ahli sahabat perkim untuk meninjau sendiri ahli keluarga ini. Sebarang bentuk pertanyaan boleh la disalurkan kepada no yang 017-4856080

bergambar kenangan bersama Pn Zainap Shariff

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PAK CIK MAT SHAH

 

 

 

Oleh: Dr Mohd Nizam Sahad (Penasihat Sekretariat Sahabat PERKIM USM)

Kalau anda selalu melalui Jalan Pmtg Rambai, Permatang Manggis, Pajak Song, Penaga, Lahar Kepar dan Kepala Batas, anda mungkin pernah terserempak dengan Pak Cik nie…Beliau seorang OKU berumur 61 tahun…saya beberapa kali sempat turun kereta dan berbual dengannya di samping menghulurkan sedikit sumbangan bila terserempak dengannya…Kesungguhan beliau mencari rezeki dengan menolak kereta sorang mencari tin-tin aluminium dan berjalan berpuluh kilometer sehari mengamit perasaaan ingin tahu…lalu saya berhenti berbual, mengambil gambar untuk berkongsi bersama dengan warga USM…”Sungguh cekal Pak Cik nie”…”pagi-pagi sewal jam 800am telah  menolak kereta sorangnya mencari tin-tin kosong…”…”pagi cuti sebegini…apakah pula yang dilakukan pelajar USM…”adakah anda sambung tidur di atas katil sehingga lewat tengah hari…”…sedih dan malang jika begitu…

 

Saya yakin beliau mendapatkan bantuan JKM berdasarkan kad yang ditunjukkan kepada saya…beliau boleh berbual namun apa yang dibualkan saya tidak faham…saya lihat matanya, saya lihat dengan mata hati…dan terasa beliau mahu ingin dibantu lagi…itulah yang menyebabkan saya mencoret di sini…elok rasanya SSP cuba berbuat sesuatu…memfacebookkannya kepada warga USM dan mengemelkannya kepada Pentadbir Emel supaya sesapa yang sudi membantu Pak Cik Mat Shah ini….dengan wang ringgit jika anda mampu, atau dengan kepakaran dan paling ringan jangan dibuang tin-tin aluminium yang diminum anak anda…kumpulkan tin-titn itu hubungi SSP dan kami akan usaha menyalurkannya kepada Pak Cik Mat Shah…mungkin anda ingin menyumbang membelikan kasut yang pasti sudah kehausan akibat berjalan jauh kepada Pak cik ini  atau School of Engineering mampu membuat kereta sorang berbasikal untuk beliau…namun sesuaikan dengan keadaan fizikal beliau…Saya sekadar mencoret , membuka langkah pertama kepada insan-insan yang sudi menghulurkan tangan membantu…dan ingin mencari saham akhirat di situ…apa-apa pun carilah KEREDAAN ALLAH dalam kerja amal ini…

Sebarang pertanyaan lanjut untuk sumbangan boleh hubungi : 046533867

 

 Menyampaikan  sumbangan PM Datin Dr Mahani Musa, terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan, semoga diberkati Allah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Program Interaksi Agama Dan Budaya bersama UKM

Pada 10 Mac 2012, wakil PERKIM telang mengiringi rombongan Kelab Usuluddin dan Falsafah Persatuab Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi ke rumah-rumah ibadat di sekitar Pulau Pinang iaitu Seri Maha Mariaman Temple, Theo Chua Temple, St George’s Church, Masjid Kapitan Keling dan Wada Gudwara Sahib.
Mengikuti rombongan pelajar UKM ke rumah-rumah ibadat tersebut begitu mengujakan. Melihat mereka menyeru Tuhan masing-masing dengan berbagai-bagai cara. Ada yang tunduk menyerah, ada yang melutut meminta, demikian mereka mencari Tuhan, Namun dalam hati mereka pasti punya sebuah harapan yang sama, iaitu hajat mereka dikabulkan.
Fitrah manusia memerlukan satu kuasa untuk mereka memohon dan meminta. Fitrah manusia untuk bertuhan. Namun sayangnya, mereka tidak mengikut jalan Nabi Muhammad dalam kepercayaan kepada Tuhan. Walaupun niat di hati baik iaitu untuk meminta dengan Tuhan, tetapi jalannya tetap salah apabila yang diminta ialah kepada sesuatu yang juga tidak punya kuasa apa-apa.
Pernah Abdullah bin Mas’ud berkata ;
‘Berapa ramai yang inginkan kebaikan, tetapi tidak ramai yang dapat melakukannya.’
Kerana apa? Kerana jalan yang mereka tempuhi tidak mengikut jalan aqidah yang Nabi ajarkan.
Manusia tidak mampu sentiasa kenyang. Dia akan lapar. Dan kelaparan itu mendesak dirinya mencari makanan. Hasil makanan, kelemahannya dapat diatasi. Buat sementara. Kelemahan dan batasan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya, bahkan jiwa, emosi, rohani.
Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang keresahan dan ketakutan, akan merintih jiwanya mencari keamanan dan keselamatan. Rintihan jiwa manusia yang hidup dalam keresahan dan ketakutan itu, adalah jalan untuk dia bertemu Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA SEJAHTERA (AL-SALAM) dan YANG MAHA MENGAMANKAN (AL-MU’MIN).

antara rumah ibadat yang dikunjungi sekitar Pulau Pinang

Mereka yang beribadah di rumah-rumah ibadah masing-masing mempunyai pelbagai cara untuk sampai kepada Tuhan mereka. Janganlah kita sebagai Muslim menghina agama mereka, sebaliknya ajaklah mereka bersama hidup dalam keluasan agama kita.
Artinya : “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS Al-An’am : 108)
Ceramah Interaksi antara Agama dan Budaya yang disampaikan oleh Dr Nizam Sahad juga memberi banyak pengetahuan mengenai pelbagai agama dan budaya untuk kita saling hidup dalam keharmonian.Perasmian penutup program ini berlangsung pada pagi 11 Mac 2012 yang dirasmikan oleh YDP SSP USM, Sdr Noor Aiman Abd Aziz.
Semoga program begini dapat terus dianjurkan lagi di masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kelab Ussuluddin dan Falsafah Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Islam Agama Cinta

Islam bersifat penuh cinta dan sayang. Cinta itu indah dan bahagia. Apa pun, cinta juga membawa derita dan airmata. Entah apa sebenarnya definisi cinta. Ia perkara ajaib dalam kehidupan. Yang jelas, ia menjadi buruan orang, sehingga ramai yang resah dan gelisah. Ada yang menjadi satu masalah yang tiada sudah. Ada yang menjadi sumber bahagia sampai akhirnya.

Demikian cinta diciptakan. Umumnya cantik dan teruja. Masakan Islam mengharamkan perkara seindah itu. Tidak mungkin Allah Yang Maha Penyayang menyeksa hambaNYA dengan melarang bercinta. Mustahil itu berlaku. Bahkan Islam lebih dahulu meraikan cinta. Ia lebih dari sebuah keseronokan sementara, tetapi dihiasi janji memperoleh syurga jika cinta dipelihara di jalanNYA.

Namun kecenderungan sekelompok golongan yang gemar mempamerkan Islam sebagai agama yang memusuhi cinta sehingga berlakunya salah tafsiran dalam kalangan non Muslim bahawa Islam agama keganasan, kekontangan nilai kemanusiaan, agama ritual semata-mata dan beberapa interpretasi yang salah. Menjadi tanggungjawab untuk kita murnikan kembali fahaman terhadap Islam bahawa Islam lah agama yang paling kedepan meraikan cinta. Sehingga pada hari kebangkitan, Islam menggariskan, insan itu akan berada bersama mereka yang dicintainya.

Pada suatu hari, orang Arab pedalaman bertanya kepada Nabi SAW tentang hari kiamat. “Bila datangnya hari kiamat?” dia bertanya. Lalu, baginda bertanya kembali, “Apa yang sudah kamu persiapkan untuk menyambut kedatangannya?” Lalu, orang tersebut berkata, “Tidak ada persiapan apa-apa, selain aku cinta Allah dan rasul-Nya.” Nabi SAW bersabda, “Anta ma`a man ahbabta (engkau bersama orang yang kamu cintai).” (HR Bukhari dari Anas).

Islam tidak pernah memusuhi cinta.

“Lalu, kenapa diharamkan Valentines Day? Bukankah hari itu buktinya kita meraikan cinta?”

Para ulama telah meletakkan beberapa sebab dan asas kepada pengharaman ini. Dan, perlu diingatkan pengharaman ini bukanlah menjadi dalil bahawa Islam memusuhi cinta. Malah menjadi bukti bahawa Islam meraikan cinta lebih dari sehari dalam setahun, tetapi setiap saat dibolehkan bercinta. Kenapa memilih 14 Februari sahaja? Bukankah cinta itu tidak perlukan limitasi dan spesifikasi kepada mana-mana hari?

Secara ringkasnya, V- Day tidak boleh diraikan oleh Muslim kerana :

Asal usul sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari dilihat bertentangan dengan Islam. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implimentasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

Selain itu, tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma’ (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama (atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

 

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” ( An-Nisa : 140 )

Di samping pendakwah menyebarkan pengharaman Valentine’s Day, perlulah diiring bersama hikmah bahawa Islam bukan melarang meraikan cinta. Nikah merupakan manifestasi cinta antara dua gender yang akan membentuk generasi yang mewarisi cinta. Sebarkan bahawa Islam agama cinta.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aduhai Krismas di Malaysia…

saya rasa saya menulis ini semua bukan untuk tahu,
tetapi ingin mencetus mahu, agar bergerak menuju mampu,
pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan,
tetapi kembara insan mencari tuhan.
~Abu Saif

Sumber : tehranifaisal.blogspot.com

Sudah sekian lama memerhati, dari dahulu sampailah sekarang saya jelek melihat warga kota terutama di kota-kota besar seperti di KL asyek menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat. Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Salam Takziah

Perkim USM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Tan Sri Abdul Hamid Othman. Beliau merupakan individu yang berjasa kepada gerakan PERKIM  dan mempunyai fikrah memartabatkan kebajikan ekonomi umat Islam. Penulis bersama makan tengahari di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas bersama beliau dan itulah kenangan bersama Allahyarham dan satu ketika dahulu Allahyarham pernah mengingatkan penulis tentang perancangan Yahudi menguasai politik Malaysia.

 

Dr Mohd Nizam Sahad

Sumber gambar : Utusan Malaysia

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ziarah PerkimUSM

Alhamdulillah, satu usaha ziarah dapat dilakukan ke atas rumah keluarga Pn Siti Aisyah. Beliau dikenali penulis semasa usaha kajian ke atasnya di Jamuan Hari Raya di Kepala Batas. Susulan dari kisahnya diprogramkan dalam siri “Bual Bicara Bersama Muallaf” yang menarik keprihatinan masyarakat kampus USM untuk sama-sama menyumbang derma meringankan beban beliau membesarkan anak-anak yatim. Suami beliau yang juga seorang mullaf telah kembali ke rahmatullah dalam satu kebakaran di rumah beliau. Terima kasih juga kepada Buletin Kampus, yang membuat liputan. Insya Allah, PerkimUSM akan terus berziarah menyampaikan sumbangan pemberi sumbangan barangan, wang dan zakat.

Kepada pemberi sumbangan, anda dialu-alukan menghubungi pihak PerkimUSM yang akan menjadi orang tengah memberi sumbangan praktikal terus kepada sasaran asnaf zakat muallaf.

.Sumber: Akhbar Berita Kampus, USM

Posted in Uncategorized | Leave a comment