Seminar Pengukuhan Akidah 28 Mac 2012

Alhamdulillah, satu seminar dengan matlamat membangkitkan keprihatinan masyarakat setempat khususnya di kawasan Kepala Batas berhubung isu-isu akidah dapat diadakan pada 28 Mac 2012 di Dewan Budi Penyayang. Seminar ini dirasmikan oleh YB Tun Abdullah. Antara yang memberi input dan syarahan dalam Seminar ini ialah Dato Hasbullah dari Perkim Pusat dan Dr Mohd Nizam Sahad dari USM. Sekalung tahniah kepada Perkim Cawangan Kepala Batas dan jutaan terima kasih kepada Sekretariat Sahabat Perkim USM yang menjadi AJK Pelaksana semasa hari Program.

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Ziarah Kasih

Pada jumaat yang lalu para MT dan Ahli Sekretariat Sahabat Perkim USM telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga daif di kawasan gelugor. Hati kami sebak mengenangkan ada segelintir insan yang kurang upaya. nama diberi ialah puan zainap binti sharif, beliau merupakan salah seorang dari kalangan orang kurang upaya yang mempunyai pendapatan dibawah 1000, beliau mempunyai 3 orang anak. Anak yang pertama ialah Norsiah yang kini bekerja untuk menyara keluarga dan kos rawatan pembiayaan ibunya. Sedih apabila mengenangkan beliau yang kini terpaksa dipotong kaki kanan nya disebabkan penyakit kencing manis yang kronik dan juga mempnyai masalah rabun yang sangat kritikal.

Sedihnya, mereka sebelum ini tidak pernah menerima sebarag bentuk bantuan dari mana-mana agensi. mereka memerlukan bantuan bulanan termasuk kos rawatan dan peribadi termasuk lampin pakai buang..keadaan daif yang ditangung oleh keluarga ini, mengeerakkan hati kami dan ahli sahabat perkim untuk meninjau sendiri ahli keluarga ini. Sebarang bentuk pertanyaan boleh la disalurkan kepada no yang 017-4856080

bergambar kenangan bersama Pn Zainap Shariff

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PAK CIK MAT SHAH

 

 

 

Oleh: Dr Mohd Nizam Sahad (Penasihat Sekretariat Sahabat PERKIM USM)

Kalau anda selalu melalui Jalan Pmtg Rambai, Permatang Manggis, Pajak Song, Penaga, Lahar Kepar dan Kepala Batas, anda mungkin pernah terserempak dengan Pak Cik nie…Beliau seorang OKU berumur 61 tahun…saya beberapa kali sempat turun kereta dan berbual dengannya di samping menghulurkan sedikit sumbangan bila terserempak dengannya…Kesungguhan beliau mencari rezeki dengan menolak kereta sorang mencari tin-tin aluminium dan berjalan berpuluh kilometer sehari mengamit perasaaan ingin tahu…lalu saya berhenti berbual, mengambil gambar untuk berkongsi bersama dengan warga USM…”Sungguh cekal Pak Cik nie”…”pagi-pagi sewal jam 800am telah  menolak kereta sorangnya mencari tin-tin kosong…”…”pagi cuti sebegini…apakah pula yang dilakukan pelajar USM…”adakah anda sambung tidur di atas katil sehingga lewat tengah hari…”…sedih dan malang jika begitu…

 

Saya yakin beliau mendapatkan bantuan JKM berdasarkan kad yang ditunjukkan kepada saya…beliau boleh berbual namun apa yang dibualkan saya tidak faham…saya lihat matanya, saya lihat dengan mata hati…dan terasa beliau mahu ingin dibantu lagi…itulah yang menyebabkan saya mencoret di sini…elok rasanya SSP cuba berbuat sesuatu…memfacebookkannya kepada warga USM dan mengemelkannya kepada Pentadbir Emel supaya sesapa yang sudi membantu Pak Cik Mat Shah ini….dengan wang ringgit jika anda mampu, atau dengan kepakaran dan paling ringan jangan dibuang tin-tin aluminium yang diminum anak anda…kumpulkan tin-titn itu hubungi SSP dan kami akan usaha menyalurkannya kepada Pak Cik Mat Shah…mungkin anda ingin menyumbang membelikan kasut yang pasti sudah kehausan akibat berjalan jauh kepada Pak cik ini  atau School of Engineering mampu membuat kereta sorang berbasikal untuk beliau…namun sesuaikan dengan keadaan fizikal beliau…Saya sekadar mencoret , membuka langkah pertama kepada insan-insan yang sudi menghulurkan tangan membantu…dan ingin mencari saham akhirat di situ…apa-apa pun carilah KEREDAAN ALLAH dalam kerja amal ini…

Sebarang pertanyaan lanjut untuk sumbangan boleh hubungi : 046533867

 

 Menyampaikan  sumbangan PM Datin Dr Mahani Musa, terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan, semoga diberkati Allah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Program Interaksi Agama Dan Budaya bersama UKM

Pada 10 Mac 2012, wakil PERKIM telang mengiringi rombongan Kelab Usuluddin dan Falsafah Persatuab Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi ke rumah-rumah ibadat di sekitar Pulau Pinang iaitu Seri Maha Mariaman Temple, Theo Chua Temple, St George’s Church, Masjid Kapitan Keling dan Wada Gudwara Sahib.
Mengikuti rombongan pelajar UKM ke rumah-rumah ibadat tersebut begitu mengujakan. Melihat mereka menyeru Tuhan masing-masing dengan berbagai-bagai cara. Ada yang tunduk menyerah, ada yang melutut meminta, demikian mereka mencari Tuhan, Namun dalam hati mereka pasti punya sebuah harapan yang sama, iaitu hajat mereka dikabulkan.
Fitrah manusia memerlukan satu kuasa untuk mereka memohon dan meminta. Fitrah manusia untuk bertuhan. Namun sayangnya, mereka tidak mengikut jalan Nabi Muhammad dalam kepercayaan kepada Tuhan. Walaupun niat di hati baik iaitu untuk meminta dengan Tuhan, tetapi jalannya tetap salah apabila yang diminta ialah kepada sesuatu yang juga tidak punya kuasa apa-apa.
Pernah Abdullah bin Mas’ud berkata ;
‘Berapa ramai yang inginkan kebaikan, tetapi tidak ramai yang dapat melakukannya.’
Kerana apa? Kerana jalan yang mereka tempuhi tidak mengikut jalan aqidah yang Nabi ajarkan.
Manusia tidak mampu sentiasa kenyang. Dia akan lapar. Dan kelaparan itu mendesak dirinya mencari makanan. Hasil makanan, kelemahannya dapat diatasi. Buat sementara. Kelemahan dan batasan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya, bahkan jiwa, emosi, rohani.
Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang keresahan dan ketakutan, akan merintih jiwanya mencari keamanan dan keselamatan. Rintihan jiwa manusia yang hidup dalam keresahan dan ketakutan itu, adalah jalan untuk dia bertemu Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA SEJAHTERA (AL-SALAM) dan YANG MAHA MENGAMANKAN (AL-MU’MIN).

antara rumah ibadat yang dikunjungi sekitar Pulau Pinang

Mereka yang beribadah di rumah-rumah ibadah masing-masing mempunyai pelbagai cara untuk sampai kepada Tuhan mereka. Janganlah kita sebagai Muslim menghina agama mereka, sebaliknya ajaklah mereka bersama hidup dalam keluasan agama kita.
Artinya : “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS Al-An’am : 108)
Ceramah Interaksi antara Agama dan Budaya yang disampaikan oleh Dr Nizam Sahad juga memberi banyak pengetahuan mengenai pelbagai agama dan budaya untuk kita saling hidup dalam keharmonian.Perasmian penutup program ini berlangsung pada pagi 11 Mac 2012 yang dirasmikan oleh YDP SSP USM, Sdr Noor Aiman Abd Aziz.
Semoga program begini dapat terus dianjurkan lagi di masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kelab Ussuluddin dan Falsafah Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Islam Agama Cinta

Islam bersifat penuh cinta dan sayang. Cinta itu indah dan bahagia. Apa pun, cinta juga membawa derita dan airmata. Entah apa sebenarnya definisi cinta. Ia perkara ajaib dalam kehidupan. Yang jelas, ia menjadi buruan orang, sehingga ramai yang resah dan gelisah. Ada yang menjadi satu masalah yang tiada sudah. Ada yang menjadi sumber bahagia sampai akhirnya.

Demikian cinta diciptakan. Umumnya cantik dan teruja. Masakan Islam mengharamkan perkara seindah itu. Tidak mungkin Allah Yang Maha Penyayang menyeksa hambaNYA dengan melarang bercinta. Mustahil itu berlaku. Bahkan Islam lebih dahulu meraikan cinta. Ia lebih dari sebuah keseronokan sementara, tetapi dihiasi janji memperoleh syurga jika cinta dipelihara di jalanNYA.

Namun kecenderungan sekelompok golongan yang gemar mempamerkan Islam sebagai agama yang memusuhi cinta sehingga berlakunya salah tafsiran dalam kalangan non Muslim bahawa Islam agama keganasan, kekontangan nilai kemanusiaan, agama ritual semata-mata dan beberapa interpretasi yang salah. Menjadi tanggungjawab untuk kita murnikan kembali fahaman terhadap Islam bahawa Islam lah agama yang paling kedepan meraikan cinta. Sehingga pada hari kebangkitan, Islam menggariskan, insan itu akan berada bersama mereka yang dicintainya.

Pada suatu hari, orang Arab pedalaman bertanya kepada Nabi SAW tentang hari kiamat. “Bila datangnya hari kiamat?” dia bertanya. Lalu, baginda bertanya kembali, “Apa yang sudah kamu persiapkan untuk menyambut kedatangannya?” Lalu, orang tersebut berkata, “Tidak ada persiapan apa-apa, selain aku cinta Allah dan rasul-Nya.” Nabi SAW bersabda, “Anta ma`a man ahbabta (engkau bersama orang yang kamu cintai).” (HR Bukhari dari Anas).

Islam tidak pernah memusuhi cinta.

“Lalu, kenapa diharamkan Valentines Day? Bukankah hari itu buktinya kita meraikan cinta?”

Para ulama telah meletakkan beberapa sebab dan asas kepada pengharaman ini. Dan, perlu diingatkan pengharaman ini bukanlah menjadi dalil bahawa Islam memusuhi cinta. Malah menjadi bukti bahawa Islam meraikan cinta lebih dari sehari dalam setahun, tetapi setiap saat dibolehkan bercinta. Kenapa memilih 14 Februari sahaja? Bukankah cinta itu tidak perlukan limitasi dan spesifikasi kepada mana-mana hari?

Secara ringkasnya, V- Day tidak boleh diraikan oleh Muslim kerana :

Asal usul sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari dilihat bertentangan dengan Islam. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implimentasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

Selain itu, tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma’ (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama (atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

 

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” ( An-Nisa : 140 )

Di samping pendakwah menyebarkan pengharaman Valentine’s Day, perlulah diiring bersama hikmah bahawa Islam bukan melarang meraikan cinta. Nikah merupakan manifestasi cinta antara dua gender yang akan membentuk generasi yang mewarisi cinta. Sebarkan bahawa Islam agama cinta.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aduhai Krismas di Malaysia…

saya rasa saya menulis ini semua bukan untuk tahu,
tetapi ingin mencetus mahu, agar bergerak menuju mampu,
pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan,
tetapi kembara insan mencari tuhan.
~Abu Saif

Sumber : tehranifaisal.blogspot.com

Sudah sekian lama memerhati, dari dahulu sampailah sekarang saya jelek melihat warga kota terutama di kota-kota besar seperti di KL asyek menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat. Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Salam Takziah

Perkim USM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Tan Sri Abdul Hamid Othman. Beliau merupakan individu yang berjasa kepada gerakan PERKIM  dan mempunyai fikrah memartabatkan kebajikan ekonomi umat Islam. Penulis bersama makan tengahari di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas bersama beliau dan itulah kenangan bersama Allahyarham dan satu ketika dahulu Allahyarham pernah mengingatkan penulis tentang perancangan Yahudi menguasai politik Malaysia.

 

Dr Mohd Nizam Sahad

Sumber gambar : Utusan Malaysia

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ziarah PerkimUSM

Alhamdulillah, satu usaha ziarah dapat dilakukan ke atas rumah keluarga Pn Siti Aisyah. Beliau dikenali penulis semasa usaha kajian ke atasnya di Jamuan Hari Raya di Kepala Batas. Susulan dari kisahnya diprogramkan dalam siri “Bual Bicara Bersama Muallaf” yang menarik keprihatinan masyarakat kampus USM untuk sama-sama menyumbang derma meringankan beban beliau membesarkan anak-anak yatim. Suami beliau yang juga seorang mullaf telah kembali ke rahmatullah dalam satu kebakaran di rumah beliau. Terima kasih juga kepada Buletin Kampus, yang membuat liputan. Insya Allah, PerkimUSM akan terus berziarah menyampaikan sumbangan pemberi sumbangan barangan, wang dan zakat.

Kepada pemberi sumbangan, anda dialu-alukan menghubungi pihak PerkimUSM yang akan menjadi orang tengah memberi sumbangan praktikal terus kepada sasaran asnaf zakat muallaf.

.Sumber: Akhbar Berita Kampus, USM

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Program Tafaqquh fi al-Din (PTFD)

Siri PTFD akan diadakan setiap mingggu 1 dan 3 bagi setiap bulan. Ia akan mengupas jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh “pelajar yang belum Islam”. Siri pertama telah dibentangkan oleh Sdr Aiman  (YDP PerkimUSM) dengan tajuk “Kenapa Tutup Aurat?” pada 2 Disember 2011. Siri kedua akan dibentang pada 16 Disember 2011 (Jumaat) oleh Sdri Sakinah (SU Perkim USM) dengan tajuk Sembah Ka’abah?

Harapan kepada siri PTFD adalah untuk menghasilkan modul dan kit dakwah kepada seluruh pelajar IPTA khususnya Kelab PERKIM IPTA.

Dr Mohd Nizam Sahad

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Website PERKIM USM

Website ini adalah medan kebajikan dan dakwah masyarakat kampus dan luar kampus untuk sama-sama memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup.

Paparannya berkisar tentang ajaran Islam dan aktiviti lepas dan akan datang yang akan dilakukan dari masa ke semasa oleh PerkimUSM.

Dr Mohd Nizam Sahad. (12.12.2011)

Posted in Uncategorized | Leave a comment